Lelaki Ini Kongsikan Tiga Perkara Penting Sebelum Jadi Home Tutor

Acap kali, diajukan kepada mana-mana HOME TUTOR soalan ini dari rakan-rakan disekelilingnya, bagaimana untuk menjadi seorang Tutor Home Tuition. Senang ke susah ? Apakah prosedurnya? Haaaa banyak lagi soalan yang dilemparkan kepada kami sebenarnya.

Apa kata, kita baca dulu dialog sketsa pendek perbualan antara Man yang baru balik ke kampong halamannya dari KotaRaya Kuala Lumpur dengan Rizal rakan seperjuangan di alam Universiti dahulu yang berada di kampung.

~ “Wahh wahhh wahhh Man, macam makin masyuk je aku tengok hang sejak dua menjak ini? Ujar si Rizal kepada Man sambil menghirup kopi O pekat mencicah roti di warung tepi jalan Kampung Langat.

~ Alhamdulillah lah Rizal, berkat doa ibu & ayah yang ada kat kampong ni haaa. Tanpa berkat doa mereka tak ke mana juga aku ini Rizal.

~ Ya, yang tu memang betullah Man. Doa orang tua kita kan sangat penting. Tapi, kau pun mesti ada buat kerja apa2 yang something menarik kan Man? Ceritaa la kat sikit aku Man. Benda baik kan perlu dikongsi tak giteww? ~ ujar si Rizal kembali dengan agak tegas.

Man menyambung ~ “Laaa, tak de apa pun Rizal. Sejak kita tamat belajar tahun lepas, aku pun dah mula duk KL dengan abang aku, aku ada laa buat Home Tutor sikit2, maknanya mulalah ajar anak2 orang di rumah mereka sekitar Bandar KL & Selangor yang tak sempat nak pergi ke pusat tuisyen, dengan sedikit ilmu yang ada di dada aku ini.

Faham-faham jelahh Rizal, orang kat bandar ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya memasing. Kadang ada yang sampai abaikan pendidikan anak-anak. Dah nak dekat dengan exam, masa itulahh nak kalut semacam dengan pendidikan anak mereka. Sedih sebenarnya, dengan orang Malaysia yang ada perangai sebegini.”

“Itu yang aku ambil pendedahan ini, alang-alang dah minat untuk mengajar kan”.

“Lagipun, aku kan dulu study bidang pendidikan juga dan tak salah rasanya, menyampaikan ilmu ini kepada orang lain. Lagi pun kann, ajar anak orang lain bukankah perkara yang mulia di sisi Agama kita juga.”

~ “Laa yaaa keee, macam menarik sangat tu Man. Boleh tak ajar aku macam mana pula aku nak buat di kawasan kampung kita ini Man atau aku kena pergi ke KL jugak ke untuk buat Home Tutor ini?” sambung Rizal dengan suara keghairahan ingin tahu yang tinggi.

“Ouh mudah jee tuu Rizal.” ujar Man dengan ringkas.

Baiklah, ini adalah beberapa aspek penting untuk menjadi seorang #HomeTutor dari mata pandang penulis bagi peringkat permulaan. Mungkin lain orang, lain aspek yang diberikan penekanan. Tiada yang betul & tiada yang salah.

  • Passion/Minat.

Apabila kita bercakap sesuatu itu adalah passion kita atau sesuatu yang kita minat itu tahap ‘giler-giler’, wang ringgit bukan lagi jadi matlamat utama kita. Ya betul, saya tak nafikan mana ada orang nak buat sesuatu iu untuk percuma kan?  Baik kita buat amal jariah terus.

Apa yang penulis cuba sampaikan dalam konteks ini adalah, passion kita adalah mengajar. Mengajar anak orang yang lemah dalam sesuatu sub-topik/topik/matapelajaran lama-kelamaan dah boleh kuasai dengan mudah. Mendidik anak orang dari tidak tahu akan sesuatu perkara, makin mahir menguasainya dengan cepat.

Haaaa, itu yang dinamakan passion sebenarnya. Sejujurnya, bukan tanggungjawab yang ringan sebenarnya. Malah sangat berat ! Sebagai seorang Home Tutor kita memikul amanah selepas cikgu di sekolah. Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau dah nama pun sesuatu yang kita minat sangat-sangat, kita akan cuba buat yang terbaik dalam apa jua keadaan sekalipun pada bila-bila masa.

Secara tidak lanngsung, niat kita juga akan sentiasa di jalan yang lurus & benar agar dapat memandaikan anak bangsa & yang paling penting mendapatkan keredhaanNYA.

Agak sedih, bila ada kawan yang bagitahu, jadi #HomeTutor sangat senang untuk dapatkan pendapatan, maklumlah pembayaran dilakukan mengikut jam.

Tetapi percayalah, bilamana kita meletakkan matlamat duit itu sebagai yang pertama, kita tidak akan berkekalan lama dalam industri pendidikan & Home Tutor ini. Lama-kelamaan kita sendiri akan mula hilang keseronokan untuk mengajar ini.

Jadi, sebelum anda ingin menjadi seorang HomeTutor tanya semula kepada diri anda, adakah mengajar ini passion anda, atau berharap untuk mendapatkan pendapatan serta-merta. Kalau sekadar untuk mendapatkan pendapatan dengan kadar segera, baik anda cari bidang yang lain seperti buat business online, kerana Home Tutor bukan bidang yang sesuai untuk anda.

Bidang ini perlukan seseorang yang minat sangat tinggi & semestinya sanggup berkorban.

  • Ilmu yang secukupnya

Apabila bercakap tentang ilmu, skopnya memang sungguh luas-seluas lautan. Namun apa yang penulis cuba tekankan di sini adalah, ilmu yang kita perlu kuasai dari aspek sebagai seorang Home Tutor. Secara amnya, Home Tutor adalah seseorang individu yang akan ke rumah klien & mengajarnya anaknya one-to-one di rumahnya atau di mana-mana lokasi lain yang telah ditetapkan oleh klien tersebut.

Andaikan kita akan mengajar, subjek Matematik Tambahan untuk tingkatan 5, seeloknya biarlah kita sendiri pernah mencapai keputusan yang cemerlang untuk subjek tersebut ketika berada di tingkatan 5 dahulu kala.

Hal ini bukan untuk menunjukkan riak atau jauh sekali nak berlagak pandai sebenarnya, namun, perkara ini akan dapat meningkatkan keyakinan ibu & ayah kepada pelajar tersebut untuk mengambil kita sebagai Home Tutor kepada anak mereka untuk mengajar subjek tersebut.

Apabila, kita sendiri dah pernah perform masa dulu, ibu & ayah juga akan lebih berkeyakinan untuk memilih kita & menjadi lebih akrab lama-kelamaan. Keyakinan mereka pada kita akan bertambah tinggi lagi, apabila anak mereka mula menunujukkan prestasi peperiksaan yang lebih cemerlang pada setiap peperiksaan.

Sebagai contoh, pada peperiksaan pertengahan tahun anaknya peroleh pangkat “B+” untuk subjek Matematik Tambahan & bila tibanya peperiksaan akhir pula, anaknya telah mendapat pangkat “A-“. Bukankah ini menunjukkan satu peningkatan drastik yang cukup bagus ?

Apabila hal ini benar-benar berlaku, masa inilah kita akan mula dapat klien-klien baru dari arah yang kita sendiri tak pernah sangka, apatah lagi nak mimpi. Rezeki datang dari arah yang kita sendiri tak pernah sangka. Hehehe…

Kenapa ianya terjadi??

Fokuskan kepada untuk berikan yang terbaik kepada sesiapa jua, dan jauhkan sama sekali matlamat untuk mendapatkan wang ringgit semata-mata seperti yang saya sebutkan sebelum ini sebagai yang utama.

Apabila kita sudah mula berikan yang terbaik, orang pun berpuas hati dengan servis perkhidmatan kita, kita sudah tidak perlu mencari duit lagi, duit yang akan mencari kita. Tak percaya? Cubalah dahulu

Penanda aras, dalam bidang Home Tutor seseorang itu bagus atau disebaliknya, segala-galanya ditentukan oleh ibu & ayah kepada pelajar tersebut dengan berdasarkan keputusan peperiksaan anaknya atau peningkatan anaknya. Semudah itu sahaja!

  • Luaskan Networking

“NETWORKING IS KING”? Haaa mesti anda semua pernah dengar kenyaatan di atas kan? Tipulah kalau tak pernah dengar kan.

Ya memang betul. hubungan jaringan kita sesama manusia dengan orang lain sangatah penting dalam apa jua bidang sekalipun bukan setakat bidang HomeTutor ini sahaja. Pun begitu, dengan siapa yang kita kawan hari ini menentukan kita siapa yang akan datang untuk 5 tahun yang akan datang. Jadi berhati-hatilah dengan siapa yang kita ingin berkawan pada hari ini sebenarnya.

Mesti ada yang tertanya-tanya dalam hati kannn…Bagaimana pula saya untuk dapatkan networking kawan yang betul dengan bidang Home Tutoryang saya ceburi ini sebenarnya?

Masa inilah bengkel mahupun seminar-seminar yang dianjurkan yang berkaitan dengan bidang pendidikan & Home Tutor dimana-mana kita perlu hadirkan diri sama ada yang berbayar mahupun yang percuma.

Yang penting, kita mesti hadirkan diri andai tiada apa-apa urusan yang lebih penting pada masa tersebut. Haaa,ini adalah salah satu strategi yang kita boleh gunakan untuk perluaskan lagi networking dalam hidup kita.

Apabila sudah hadir ke seminar pula, jangan lah pula jadi seorang yang introvert atau pemalu, shy-shy cat gituuu… Sesungguhnya, anda berada dalam keadaan yang sangatlah rugi pada masa itu.

Anda sepatutnya perbanyakkan bergaul & murahkan senyuman dengan siapa sahaja yang kita berjumpa mahupun terserempak. Bermulanya dengan senyuman, seterusnya bersalaman, diikuti dengan mengajak minum kopi hipster & sudah semestinya bertukar buah fikiran dengan sesuatu yang topik yang dibincangkan pada masa tersebut.

Apabila masing-masing ingin berangkat pulang di akhir sesi, jangan lupa pula untuk bertukarkan kad perniagaan anda agar dapat mengambil nombor telefon masing-masing agar dapat terus dihubungi pada masa akan datang.

Nampak tak apa yang saya cuba maksudkan ? Senang ke susah nak bina networking?

Itu baru seorang…

Cuba bayangkan kalau anda lakukan perkara yang sama dengan ramai orang lagi di luar sana? Bertambah meriahlah nombor-nombor rakan seperjuangan dalam bidang yang sama di dalam contact list anda.  Apa pun, banyakkan bertanya, bergaul & senyum apabila anda hadirkan diri ke mana-mana majlis ilmu! Jangan risau anda tidak pernah rugi sama sekali!.

Yang penting kita yang mulakan. Orang tak suka kita itu normal. Terima dengan hati yang terbuka dan jalan terus.

3 Aspek di atas adalah asas untuk menjadi seorang Home Tutor bagi peringkat permulaan dan kepada anda yang baru sahaja ingin menceburi bidang Home Tutor ini semoga anda mendapat gambaran yang jelas.

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh kami kongsikan. Semestinya pada artikel yang akan datang. Jadi jangan lupa untuk menyokong kami pada setiap masa di mana jua anda berada okey.

Artikel ini disumbangkan oleh Abul Azlan Abul Barakath. Boleh ikuti beliau di facebook.

Artikel berkaitan

Nak baca lagi artikel berkenaan home tutor? Layari laman sesawang www.tutorprofesional.com

Tuition Job logo

Tuitionjob.my mengumpul dan menyenaraikan job home tuisyen yang datang dari beberapa agensi home tuisyen yang berdaftar dengan kami. Tiada cas komisen. Tidak perlu membayar wang pendahuluan kepada agen. Pembayaran gaji terus ke akaun tutor.

Tel : 011 1095 2466
Email : tuitionjob.my@gmail.com

Tuition Job logo

Tuitionjob.my mengumpul dan menyenaraikan job home tuisyen yang datang dari beberapa agensi home tuisyen yang berdaftar dengan kami. Tiada cas komisen. Tidak perlu membayar wang pendahuluan kepada agen. Pembayaran gaji terus ke akaun tutor.

Tel : 011 1095 2466
Email : tuitionjob.my@gmail.com

Tuition Job 2019 © All Rights Reserved.

Tuition Job 2019 © All Rights Reserved.